Thursday, March 6, 2014

Uptown Pahlawan Walk Melaka



Uptown Pahlawan Walk Melaka sudah mula beroperasi sejak 2 Oktober 2009. 

Dibuka setiap hujung minggu pada hari Jumaat hingga Ahad dari pukul 7 malam hingga 2 pagi. 

Produk pelancongan ini adalah antara lokasi yang mendapat sambutan hebat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara selain Jonker's Walk / Jonker Street

Pahlawan Walk diurus sepenuhnya oleh syarikat swasta, Prima Wawasan Sdn. Bhd.

Kini, terdapat lebih kurang 200 gerai (booth) yang beroperasi, mejual pelbagai jenis produk seperti aksesori wanita, pakaian lelaki & wanita, makanan, lukis inai (henna tattoo), lukisan karikatur & potret, kelengkapan rumah, haiwan peliharaan, pakaian sukan dan kraftangan dan pelbagai lagi produk ditawarkan untuk semua golongan pengunjung

Ketika baru 3 bulan beroperasi, purata urusniaga di Pahlawan Walk dianggarkan mencecah RM700,000.00 dan dijangka mencecah RM 8 juta ringgit setahun.  

Pada masa-masa padat seperti musim cuti sekolah dan seperti sambutan Krismas yang lepas, ada jualan gerai di Pahlawan Walk mencecah RM2000 - 3000 sehari.

Purata pengunjung Pahlawan Walk sebulan ada hampir 50,000 orang dan diramalkan mampu mencecah 750,000 pengunjung setahun. 

Uptown Pahlawan Walk Melaka terletak di Jalan PM2, Plaza Mahkota, [dalam petak bewarna merah] bersebelahan dengan Newton Foodcourt & Pahlawan Walk Market, berhadapan dengan Menara Taming Sari di Bandar Hilir dan  berdekatan dengan pusat membeli belah Mahkota Parade serta Dataran Pahlawan Megamall 



Lokasi Pahlawan Walk (klik untuk besarkan)

No comments:

Post a Comment